fbpx

Pulau Carey bakal jadi pelabuhan ketiga Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony (tengah) ketika merasmikan gudang tersebut. FOTO AFIQ RAZALI

KLANG – Pulau Carey dijangka menjadi pelabuhan antarabangsa ketiga di Selangor selepas Pelabuhan Utara dan Barat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kajian berhubungnya telah dilakukan selama dua tahun sejak 2019 oleh Lembaga Pelabuhan Klang semasa beliau memegang kementerian ini sebelum ini.

Katanya, berdasarkan kajian didapati lokasi di pulau tersebut adalah bersesuaian termasuk dari segi paras laut.

“Kementerian Pengangkutan perlu membawa satu kertas memorandum kepada Jemaah Menteri untuk diputuskan.

“Jadi, sudah tentunya, pembangunan pelabuhan kita sejak 90an telah pun diswastakan. Dari segi pembangunan, bukan dibiayai pihak kerajaan sebaliknya swasta. Jadi, kita mengalu-alukan pihak swasta,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan gudang Infinity Freight Village 5 di Pelabuhan Barat hari ini.

Menurut beliau, pembangunan pelabuhan Pulau Carey ini akan mengambil jangka masa panjang dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

“Apa yang kita ada di Pelabuhan Klang iaitu Pelabuhan Utara dan Barat. Kita sekarang ini hampir penghujung Pelabuhan Barat yang akan diperbesarkan lagi untuk kendalikan lebih banyak kargo,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai hasrat kerajaan Sarawak mengambil alih semula Pelabuhan Bintulu, Anthony menegaskan kerajaan pusat bersedia untuk berbincang atas semangat kerajaan Perpaduan.

“Saya belum menerima secara rasmi berhubung perkara itu. Sebarang kemungkinan apa sahaja boleh dibincang dan dirunding dengan saya memahami inspirasi daripada kerajaan Sarawak itu.

“Namun, akan mengambil banyak proses sebab Pelabuhan Bintulu ini merupakan satu federal port. Ini dikawal selia melalui Akta Parlimen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI