fbpx

Pelacur tua antara enam individu ditahan dalam serbuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Wanita tempatan berusia 57 tahun antara enam ditahan selepas disyaki terbabit secara aktif dalam aktiviti pelacuran, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Petaling, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan Op Noda di lokasi terbabit sekitar pukul 1.30 pagi semalam.

Katanya, kesemua yang ditahan terdiri daripada dua wanita warga asing berusia antara 32 hingga 36 tahun serta tiga wanita tempatan berusia 36 hingga 57 tahun yang disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran.

“Dalam serbuan itu, kami turut menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan.

“Kami turut merampas sebanyak 454 kondom, 35 gulung tisu serta wang tunai berjumlah RM300,” katanya.

Noor Dellhan berkata, suspek yang ditahan menjalankan aktiviti tersebut dengan menawarkan khidmat seks dengan bayaran sebanyak RM50 pada setiap pelanggannya.

Jelasnya, rata-rata pelanggan yang melanggan mereka adalah warga asing yang didekati di tepi jalan sebelum mereka dibawa ke bilik yang disewa.

“Anggaran berapa lama premis tersebut beroperasi masih di dalam siasatan.

“Keenam-enam suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat ini dan disiasat mengikut Seksyen 373/372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI