fbpx

MOTAC batal lesen agensi umrah bolot tiket penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
King Sing memeriksa perbarisan sempena lawatannya ke IPK Sarawak, hari ini.

KUCHING – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan membatalkan lesen agensi umrah yang didapati membolot tiket penerbangan disediakan syarikat penerbangan tempatan untuk ke Tanah Suci.

Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata tidak akan berkompromi dengan kegiatan itu, yang telah menjadi antara punca kenaikan mendadak kos mengerjakan umrah kebelakangan ini.

“Kalau betul berlaku, kita akan ambil tindakan termasuk membatalkan lesen kalau didapati tidak mengikut undang-undang,” katanya ketika ditemu-bual semasa mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Sarawak, di sini hari ini.

Bagaimanapun, King Sing berkata setakat ini, sebarang keputusan atau tindakan belum dibuat kerana perkara itu masih dalam siasatan selain meminta timbalannya, Khairul Firdaus Akbar Khan untuk menjalankan siasatan ke atas agensi-agensi terbabit.

Baru-baru ini, dilaporkan bahawa beberapa syarikat umrah tempatan telah ‘memborong’ tiket penerbangan ke Tanah Suci, yang menjadi antara punca kenaikan mendadak kos mengerjakan umrah kebelakangan ini.

Mereka didakwa turut menjualnya kepada agensi umrah di Indonesia pada harga sehingga RM6,000 bagi mengaut keuntungan besar. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI