fbpx

Menu Rahmah bukan untuk penduduk bandar sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahudin ketika melancarkan Menu Rahmah semalam.

PUTRAJAYA – Menu Rahmah yang diperkenalkan bukan hanya ditawarkan di kawasan bandar sahaja sebaliknya akan diperluas ke seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif menu Rahmah itu akan diperluaskan secara berperingkat.

“Sejak semalam, ada ramai yang bertanya ‘di mana lagi kita boleh dapatkan menu Rahmah ini dan ia hanya di bandar sahaja ke?’.

“Insya-Allah, jangan risau. Menu Rahmah akan disebarluaskan ke seluruh negara secara berperingkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, setakat ini, libat urus telah diadakan bersama wakil-wakil persatuan restoran termasuk Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.

Salahuddin berkata, libat urus sama turut diadakan bersama Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputera Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).

Dalam pada itu, beliau juga akan menjelajah ke seluruh negara bagi meneruskan libat urus dengan lebih ramai pemain industri makanan dan minuman agar usaha itu diperluaskan ke seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI