fbpx

Pahang rintis guna aplikasi tempat letak kereta digital seluruh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD Fakhruddin (belakang, enam dari kiri), bergambar bersama petugas media pada Majlis Makan Malam Apresiasi Media bersama Pahang Go di Kuantan malam semalam.

KUANTAN – Pahang bakal menjadi negeri pertama di negara ini yang menggunakan aplikasi tempat letak kereta digital di seluruh negeri apabila kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini disasar menggunakan aplikasi digital berkenaan pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, pada masa ini enam PBT di negeri ini telah menggunakan aplikasi berkenaan manakala lima lagi akan melaksanakannya dalam masa terdekat.

“Ini (penggunaan tempat letak kereta digital) merupakan antara mercu tanda baharu Pahang yang menjadi negeri pertama dalam Malaysia menggunakannya (aplikasi digital Pahang Go) di seluruh PBT.

“Penggunaannya dapat mendidik rakyat menggunakan aplikasi berkenaan yang sebenarnya lebih mudah dan ini juga satu inisiatif kerajaan negeri bagi memastikan Pahang terus maju,”katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi Media bersama Pahang Go di sini malam semalam.

Menurut Mohammad Fakhruddin pada masa ini empat daerah yang telah melaksanakan aplikasi bayaran tempat letak kereta digital PahangGo ialah Kuantan, Bentong, Cameron Highlands, Maran, Jerantut dan Pekan.

Katanya, lima daerah lagi yang belum melaksanakan aplikasi berkenaan adalah Lipis, Raub, Bera, Temerloh dan Rompin.

Dalam pada itu beliau berkata pelan digital negeri Pahang yang dilancarkan pada Oktober 2022 temasuklah pelaksanaan aplikasi Pahang Go menjadi pemangkin kepada pembangunan digital di Pahang.

Katanya, aplikasi Pahang Go kini mendapat sambutan menggalakkan apabila telah merekodkan 200,000 pengguna aktif dengan transaksi kira-kira RM1.5 juta sebulan.

Sementara itu katanya, perancangan seterusnya dalam pelan digital di negeri ini adalah melalui penggunaan e-wallet yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Ujarnya pada masa ini pihaknya, dalam proses memperkenalkan aplikasi berkenaan termasuklah mencari nama yang sesuai melalui pertandingan yang akan melibatkan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI