fbpx

Kebakaran Flora Damansara: Mayat rentung ditemui di pintu masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa yang rentung dalam kejadian kebakaran di Blok D, Flora Damansara malam tadi.

PETALING JAYA – Mayat seorang penghuni yang rentung dalam kejadian kebakaran di Blok D, Flora Damansara malam tadi ditemui berdekatan pintu masuk rumah kerana dipercayai ingin menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mayat yang dianggarkan berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan disahkan mati oleh pasukan perubatan Bomba.

“Mayat hampir 40 peratus terbakar dan dijumpai berdekatan pintu masuk rumah dipercayai cuba menyelamatkan diri.

“Pihak Bomba sukar memadamkan kebakaran pada awalnya kerana masalah tekanan air yang rendah. Sejurus api berjaya dipadamkan, pemeriksaan mendapati hampir 90 peratus rumah tersebut terbakar.

“Pihak Forensik daripada Maktab Cheras dan Balai Bomba Bukit Jelutong dipanggil untuk membantu siasatan dengan mengambil dua sampel iaitu cebisan baju dan kulit mayat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, temubual saksi menyatakan mereka terdengar bunyi letupan yang kuat dari rumah si mati beserta bunyi kaca pecah.

Setelah saksi melihat, terdapat kebakaran di rumah mangsa dan cuba mendapatkan bantuan tetapi gagal kerana api semakin marak.

Siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat

Setakat ini, identiti dan bangsa mangsa masih belum dikenal pasti.

Justeru, Fakhrudin menyeru kepada saksi kejadian yang melihat atau berada di tempat kejadian, untuk tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Sarjan Aktiviti Balai, Sarjan Ahmad Sabran Abdullah di talian 010-5585040 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI