fbpx

Budak 2 tahun terperangkap 15 minit dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah kereta di Pantai Remis, Lumut semalam. - Foto IHSAN BOMBA

LUMUT – Seorang wanita cemas apabila anak lelakinya berusia dua tahun terperangkap dalam kereta yang berkunci hampir 15 minit di kawasan premis perniagaan di Pantai Remis semalam.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut terperangkap selepas kereta jenis Proton Persona itu terkunci sendiri ketika wanita berkenaan mahu pergi ke premis perniagaan di situ.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Pegawai Bomba Kanan II Muhamad Hanafi Mohamed Rasidi, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.20 malam dan sepasukan tujuh anggota tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

“Sebaik tiba, kami melakukan pemeriksaan teliti di lokasi kejadian terlebih dahulu bagi memastikan tiada bahaya lain wujud pada mangsa dan anggota penyelamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, anggota kemudian melakukan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu kereta tersebut disamping bertindak menenangkan mangsa.

Beliau memaklumkan kerja-kerja penyelamatan itu berjaya dilakukan dalam masa dua minit dan kanak-kanak tersebut dibawa keluar dari kereta itu.

Katanya, anggota kemudian membuat pemeriksaan terhadap mangsa bagi memastikan tiada sebarang kecederaan sebelum diserahkan kepada ibunya dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.32 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI