fbpx

Anwar zahir penghargaan buat pemenang Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menzahirkan penghargaan kepada semua penerima Anugerah Sukan Negara (ASN) buat kali kelima pada edisi 2021, di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargaan kepada semua penerima Anugerah Sukan Negara (ASN) buat kali kelima edisi 2021, hari ini.

Dalam masa sama menerusi Facebook, beliau turut yakin prestasi atlet-atlet negara dapat dilonjakkan jika bakat mereka direncana dengan baik.

“Saya di acara itu untuk bersama meraikan atlet-atlet negara yang gigih meletakkan nama negara di peta dunia melalui lapangan sukan dalam pelbagai kategori.

“Saya amat yakin jika bakat dan kegigihan mereka ini didukung dengan perencanaan kebijakan yang baik, ia mampu melonjakkan prestasi serta komitmen atlet-atlet kita dalam bidang sukan yang diceburi.

“Sekalung penghargaan kepada semua penerima anugerah hari ini dan yang terus komited mengharumkan nama negara melalui arena sukan,” ujarnya.

Menerusi majlis anugerah tersebut, jaguh berbasikal, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun, Datuk Pandelela Rinong diumum sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan dalam Majlis Anugerah Sukan Negara 2021 yang berlangsung di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, hari ini.

Bagi kategori Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan pula, dimenangi oleh Bonnie Bunyau Gustin (Para Powerlifting) dan Brenda Anellia Larry.

Sementara itu, kategori Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan dimenangi oleh Jamil Adam (para powerlifting) dan Wendy Chai De-Choo (tenpin boling).

Pemenang bagi Pasukan Lelaki Kebangsaan di rangkul oleh Aaron Chia / Soh Wooi Yik (badminton) manakala Pasukan Wanita Kebangsaan, berjaya dimiliki Natasha Mohamed Roslan, Faten Najihah Ahmad Faik, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Nur Syazwani Sahar (tenpin boling).

Menerima Anugerah Tokoh Sukan, Datuk Norminshah Sabirin (bola jaring), muncul sebagai penerima sementara Anugerah Kepimpinan Sukan pula milik Huang Ying How (skuasy).

Melengkapi majlis, Anugerah Khas turut menemui pemiliknya iaitu Mohd Zaki Abd Rahman, Subkhiddin Mohd Salleh dan Chan Foong Keong. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI