fbpx

Emma Raducanu sertai Terbuka ATX di Austin, Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU yang merupakan pemain termuda menjulang Grand Slam dijangka menyertai Terbuka ATX di Austin penghujung Februari.

AUSTIN, Texas – Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021, Emma Raducanu membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam Terbuka ATX di Austin sejurus tersingkir awal Terbuka Australia bulan lalu.

Bintang tenis Britain tersebut yang tersingkir di pusingan kedua di Melbourne akan me­nyertai kejohanan Jelalah WTA 250 tersebut pada 27 Februari hingga 5 Mac depan di Westwood Country Club.

Raducanu yang kini menduduki ranking No. 77 dunia akan menyertai Danielle Collins, Sloane Stephens dan Peyton Stearns untuk merebut gelaran pertama mereka musim ini.

“Kami sangat teruja bahawa Raducanu yang juga merupakan juara Grand Slam termuda akan menyertai Terbuka ATX.

“Kami tidak sabar untuk menyambut kehadiran Collins, Stephens dan Peyton bersaing di kejohanan sulung kami. Pastinya kami sangat teruja dan mengalu-alukan kedatangan mereka semua,” kata pengarah kejohanan, Christo Van Rensburg.

Pemain Amerika Syarikat, Collins yang tumpas di pusingan ketiga kepada naib juara Terbuka Australia dilihat bersemangat untuk menebus kekecewaan tersebut di Austin nanti.

Juara Terbuka AS 2017, Sloane Stephens juga dijangka menjadi pencabar kepada Raducanu untuk merebut gelaran di Terbuka ATX.

Pemain ranking No. 39 dunia itu dilihat mahu bangkit daripada kekecewaan pada Terbuka Australia selepas tumbang seawal pusingan pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI