fbpx

Lebih 500 wanita Jepun guna bank sperma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 500 wanita Jepun menggunakan bank sperma utama di Jepun sejak lebih tiga tahun lalu. - Foto Cryos International/Kyodo

TOKYO  – Lebih daripada 500 wanita di Jepun menggunakan khidmat bank  sperma yang berpangkalan di Denmark dalam tempoh tiga tahun dan enam bulan setakat Oktober tahun lalu, lapor portal berita Jepan Times semalam.

Angka itu didedahkan oleh Cryos International iaitu bank sperma terbesar dunia. Ia menunjukkan permintaan domestik di Jepun yang semakin meningkat untuk menggunakan khidmat  institusi tersebut.

Bank itu mempunyai kira-kira 1,000 penderma berdaftar dan menjual sperma kepada wanita bujang, minoriti seksual dan wanita dengan suami tidak subur di negara matahari terbit tersebut. Institusi sperma itu melancarkan perkhidmatan rundingan dan maklumat kepada pelanggan di Jepun secara rasmi pada Mac 2019.

Dengan hanya sekitar 150 pelanggan di Jepun pada November 2020, penerima sperma bank tersebut melonjak lebih tiga kali ganda dalam masa kira-kira dua tahun sehingga Oktober 2022.

Sebuah kumpulan Parlimen sedang membincangkan undang-undang untuk membantu teknologi kelahiran dengan menggunakan sperma atau ovum yang didermakan di Jepun.

Namun, rang undang-undang pada Mac lalu itu menunjukkan bahawa transaksi sperma secara komersial akan dilarang.

Hiromi Ito yang mengetuai operasi Cryos International Jepun menyatakan kesediaannya untuk mula ‘merekrut’ penderma di Jepun dengan menyatakan, wanita yang menginginkan anak tidak akan berputus asa.

Menurutnya, golongan itu sebaliknya akan beralih kepada transaksi dari individu ke individu lain  yang melibatkan risiko seperti penyakit berjangkit. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI