fbpx

Guru OKU mangsa diskriminasi terkilan, aduan kepada Menteri tiada respon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gara-gara tidak tahan menjadi mangsa diskriminasi di tempat kerjanya, seorang guru yang juga orang kelainan upaya (OKU) penglihatan terpaksa mengutuskan surat buat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menerusi surat yang dikongsi di laman Kami Guru Malaysia, guru terbabit menyatakan dia telah menghantar surat menerusi emel kepada Menteri serta Timbalan Menteri Pendidikan.

Surat yang dikongsi di laman Facebook Kami Guru Malaysia hari ini.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini tiada maklum balas yang diterima oleh pihaknya berkaitan surat itu.

“Salam sejahtera rakan Pendidik, saya guru OKU buta yang sedang mengalami isu buli di tempat kerja. Saya telah pun emel isu ini kepada Menteri dan Timbalan Menteri.

“Tetapi belum menerima sebarang respon. Saya juga telah pm (mesej peribadi) akaun Messenger YB Menteri dan juga Timbalan namun tetap tiada jawapan,”tulisnya.

Menurut guru terbabit, sebelum ini beliau telah ke Kementerian Pendidikan di Putrajaya dan pembantu peribadi Menteri menyuruhnya menulis emel dan dia telah berbuat demikian.

“Isu ini juga adalah dalam pengetahuan pihak kaunseling Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri serta bahagian penjawatan PPD.

“Saya amat kecewa dan terkilan kerana tiada pihak sudi membantu. Mohon pandangan rakan pendidik sekalian,” katanya.

Bagaimanapun surat tersebut tidak menyatakan secara terperinci bentuk diskriminasi yang dialami mangsa serta lokasi sekolah yang terlibat.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai komen antaranya meminta perincian diskriminasi yang berlaku terhadap mangsa.

“Kena tahu cerita sebenar dulu, lagi pun kalau dah ada dalam pengetahuan kaunselor PPD, perkara ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat dan akan berlaku satu siasatàn untuk mensahihkan laporàn berkenaan.

“Seterusnya jika ada kebenarannya maka satu tindakan yang wajar akan diambil,” kata Jamaluddin Abdul Ghani.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Faizal Paren.

“Bertabahlah cikgu saya juga OKU penglihatan cuma nasib kita berbeza,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI