fbpx

Komet hijau muncul setiap 50,000 tahun lintas Bumi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Sebutir komet berwarna hijau yang mengorbit Matahari sekali setiap 50,000 tahun akan terbang tepat melintasi Bumi esok, lapor portal berita MSN semalam.

Ia yang turut dikenali sebagai komet C/2022 E3 (ZTF) akan melintas pada kedudukan paling dekat dengan Bumi, manakala  penduduk Kanada berada di tempat yang paling sesuai untuk melihatnya.

Komet ialah batu angkasa  berais dan apabila hampir dengan matahari, ia mula mencair dan menghasilkan jejak-jejak gas.

ZTF   pertama kali dikesan pada Mac 2022 oleh Kemudahan Sementara Zwicky di San Diego, California, Amerika Syarikat (AS).

Komet itu mengorbit Matahari hanya sekali setiap 50,000 tahun dan mengelilinginya pada 12 Januari lalu dan kini menuju ke Bumi dalam perjalanan keluar dari Sistem Suria.

“Pada masa ini, sudah tentu terlalu samar untuk dilihat dengan mata kasar,” kata Paul Wiegert iaitu seorang profesor di Jabatan Fizik dan Astronomi, Universiti Barat di London, Ontario, Kanada.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia akan menjadi lebih cerah menjelang penghujung bulan dan  boleh dilihat dengan mata kasar.

Cara terbaik untuk mencarinya di lokasi anda ialah dengan menggunakan laman web TheSkyLive.com.

Laman itu membolehkan anda memasukkan lokasi anda dan banyak maklumat diperoleh termasuk kecerahan komet, buruj di mana ia boleh ditemui dan juga peta lokasinya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI