fbpx

Remaja 15 tahun diuji strok perlukan RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD HAZMI kini tidak mampu bertutur dengan sempurna selain kaki dan tangan tidak dapat digerakkan akibat diserang strok.

SEBERANG PERAI – Gangguan elektrik di kediaman Muhammad Hazmi Shamsol Kamal, 15, dan keluarganya di Nibong Tebal di sini minggu lalu menjadi mimpi ngeri buat remaja berkenaan apabila dia diserang strok.

Serangan itu menyebabkan dia tidak dapat bertutur dengan sempurna selain kaki dan tangan kanannya tidak boleh digerakkan.

Bapa Muhammad Hazmi, Shamsol Kamal Ismail, 50, memberitahu, saluran darah di bahagian otak anaknya tersumbat dan satu pembedahan segera atau rawatan ‘trombektomi endovascular’ perlu dilakukan bagi mengeluarkan darah beku di bahagian berkenaan.

Bagaimanapun, jelasnya, kos rawatan yang agak mahal iaitu mencecah RM50,000 tidak mampu ditanggungnya yang hanya melakukan kerja-kerja kampung dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan.

Pada masa yang sama, ibu Muhammad Hazmi iaitu Zaiton Mohamed, 48, pula tidak bekerja dan Shamsol Kamal juga mempunyai dua lagi tanggungan selain pasangan kembar yang kini ber­usia 23 dan 17 tahun.

Dalam pada itu, Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, sekiranya prosedur ini (rawatan dan pembedahan) tidak dapat dijalankan dengan segera, kemungkinan kandungan oksigen di dalam darah tidak dapat disalurkan kepada seluruh badan.

“Ini seterusnya akan menyebabkan kerosakan sel otak selain melumpuhkan seluruh anggota badan Muhammad Hazmi,” katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank Berhad di nombor 3193433435 atau menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org selain aplikasi One Hope Charity.

Tambahnya, sebarang perta­nyaan boleh dibuat dengan meng­­hubungi talian 016-419 2192, 019-232 2192 atau 04-539 9212 untuk keterangan lanjut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI