fbpx

Mikha Tambayong pakai gaun kahwin milik ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIKHA TAMBAYONG

PELAKON cantik Mikha Tambayong akhirnya berkongsi khabar gembira sudah bergelar isteri kepada kekasihnya, Deva Mahenra pada Sabtu lalu.

Pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis yang diadakan di Bali, Indonesia.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Mikha memberitahu dia mengayakan gaun pernikahan mendiang ibunya iaitu gaun putih pada hari bersejarah itu.

“Hari ini saya berkahwin dengan kawan baik saya dengan memakai baju perkahwinan ibu,” tulisnya pada kapsyen.

Pelakon sinetron Aishiteru itu turut memuat naik foto perkahwinan milik ibunya yang sedang memakai gaun putih berkenaan.

Rata-rata pengikut dalam media sosial dan rakan artis terkejut dengan berita perkahwinan itu dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI