PELAKON Ada Apa Dengan Cinta, Dian Sastrowardoyo menetap satu peraturan dan perjanjian dengan keluarga setiap kali keluar bersama.
Bagi menikmati masa bersama suami dan anak, dia tidak akan melayani permintaan peminat yang mahu bergambar dengannya.
“Saya sudah berjanji dengan suami dan anak yang saya tidak akan melayan permintaan peminat untuk bergambar.
“Saya pernah sekali memberi ruang bergambar, namun selepas itu ramai yang ingin bergambar sehingga masa saya untuk berehat dengan keluarga terjejas begitu sahaja,” ujarnya.
Katanya, dia hanya membenarkan untuk bergambar ketika majlis bertemu peminat atau pada waktu bekerja.
“Anda mahu marah atau kata saya sombong? Terserah, silakan,” ujarnya.