fbpx

9 ‘longkai’ direman bertumbuk rebut tarik Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek lelaki penarik kereta direman dua hari selepas bergaduh gara-gara berebut pelanggan di Jalan Datuk Haji Mohd Zain, Batu Berendam, Melaka. IHSAN POLIS

MELAKA – Sembilan lelaki penarik kereta direman dua hari bermula hari ini selepas bergaduh gara-gara berebut pelanggan dalam kejadian di Jalan Datuk Haji Mohd Zain, Batu Berendam, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Mazana Sinin terhadap kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 64 tahun.

Katanya, permohonan reman itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Kita telah menahan sembilan lelaki daripada dua kumpulan penarik kereta yang telah bergaduh kerana berebut pelanggan dalam kejadjan kira-kira pukul 9.19 malam.

“Kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan kerana terlibat dalam gaduh gempar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, kumpulan tersebut telah bergaduh untuk menarik sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Christopher berkata, tangkapan tersebut telah dibuat sepasukan polis dari cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah selepas aduan diterima pada pukul 7.30 malam.

Terdahulu, satu klip video berkaitan pergaduhan itu turut tular di media sosial dengan memaparkan beberapa individu saling menarik baju dan bertumbuk di tepi jalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI