KUMPULAN popular Blackpink sekali lagi mencipta kenangan terindah apabila berjaya melakukan persembahan dengan iringan muzik klasik di Le Gala Des Pieces Jaunes, Paris.
Mereka menjayakan persembahan di sebuah acara amal yang dianjurkan oleh Wanita Pertama Perancis, Brigitte Macron.
Persembahan menakjubkan daripada Blackpink meraih perhatian ramai apabila menyanyikan lagu Pink Venom diiringi pemain cello Perancis iaitu Gautier Capucon.
Dalam persembahan lain, pemain violin Sweden, Daniel Lizakovich pula mengiringi persembahan lagu Shut Down.
Rata-rata penonton yang hadir memberikan sorakan dan tepukan gemuruh usai persembahan kolaborasi memukau Blackpink bersama pemain muzik Barat itu.