fbpx

Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah ditutup sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JALAN Gombak Lama menghala ke Genting Sempah ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula tengah malam tadi.

GOMBAK – Laluan dari Jalan Gombak Lama menghala ke Genting Sempah berhampiran Simpang Kuari ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, jalan berkenaan ditutup sepenuhnya menggunakan penghadang simen atau ‘concrete barrier’ di kedua-dua arah.

Jelasnya, tindakan tersebut dilakukan bagi mengelakkan orang ramai menggunakan laluan ini untuk merentas negeri.

“Kita telah memasang ‘concrete barrier’ sepenuhnya di kedua-dua arah laluan ini dan ia ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan sehingga diberitahu kelak.

“Orang ramai yang ingin merentas negeri terutamanya ke Pahang boleh menggunakan laluan utama iaitu melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK),”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut Arifai berkata, pihaknya juga telah mengadakan sekatan jalan raya (SJR) tetap di dua lokasi iaitu di Plaza Tol Gombak di kedua-dua arah dan juga Plaza Tol Rawang Lebuh Raya Utara Selatan juga kedua-dua arah.

“Selain sekatan jalan raya tetap, kita juga turut melakukan SJR secara ‘mobile’ atau bergerak yang mana lokasinya akan berubah mengikut keperluan,” jelasnya.

Tambah beliau, orang ramai yang ingin melakukan perjalanan rentas negeri dinasihatkan supaya mendapatkan kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI