fbpx

[VIDEO] A.R Rahman puji anak Siti nyanyi lagu Tamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AR RAHMAN memuji kemampuan anak Siti, Aaafiah ikut menyanyi dan menghafal lagu Tamil, Munbe Vaa.

PETALING JAYA – “Siti ajar lagu Tamil”, Munbe Vaa kepada pewarisnya”.

Demikian reaksi penyanyi dan komposer legenda dari India, A.R Rahman terhadap kebolehan anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, Siti Aafiyah Khalid menyanyikan lagu Tamil berjudul Munbe Vaa dengan baik.

Perkara tersebut dikongsikan penerima trofi Oscars yang juga pengarah muzik lagu malar segar itu menerusi perkongsian di Instagram Story.

A.R Rahman, 51, mengulang semula hantaran dikongsikan Siti yang sebelum itu tampil sebagai artis undangan dalam Konsert A.R Rahman Secret of Success pada Sabtu lalu.

“Aafiyah pun dah hafal,” tulis Siti dalam Instagram Story.

Biarpun didendangkan secara spontan dan hanya beberapa baris, momen tersebut tetap menunjukkan kebolehan si cilik itu menghafal dan menghayati lagu berkenaan.

Gelagat Aafiyah yang bakal mencecah usia lima tahun pada 19 Mac itu memancing perhatian peminat, lebih-lebih lagi mereka yang berada Stadium Nasional Bukit Jalil, tempoh hari.

Pada konsert mega yang disaksikan 60,000 penonton, persembahan Siti meraih ‘standing ovation’ sebagai tanda hormat malah namanya trending sehingga kini di laman sosial Twitter.

Saat baris pertama lagu itu dialunkan, penonton bagai histeria, malah rata-rata menyifatkan kemampuan dan kesempurnaan sebutan perkataan bahasa Tamil  dari bibirnya satu lagi pencapaian puspita kesayangan negara itu sebagai penghibur versatil.

Lagu Munbe Vaa pernah melatari filem Sillunu Oru Kaadhal lakonan Suriya dan Jyothika yang diterbitkan sekitar tahun 2006 – KOSMO ONLINE

@james_arokisamy This is too cute!! @Siti Nurhaliza anak pun pandai nyanyi #munbevaa!! 🤩🌸♥️ #arrliveinmalaysia ♬ original sound – ஜேம்ஸ் ஆரோக்கிசாமி

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI