fbpx

Robertson akui prestasi Liverpool semakin parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBERTSON (tengah) gagal menghalang Mitoma (kiri) menjaringkan gol kemenangan Brighton, sekali gus mengakibatkan Liverpool tersingkir daripada saingan Piala FA.

BRIGHTON – Bek kiri Liverpool, Andy Robertson secara terbuka mengkritik pasukan itu apabila tersingkir daripada saingan ­Piala FA selepas tewas 1-2 kepada Brighton pada pusingan keempat di Stadium Amex malam kelmarin.

Walaupun terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Harvey Elliott, namun skuad kendalian Jurgen Klopp itu gagal untuk menghalang kebangkitan tuan rumah yang meledak gol hasil jaringan Lewis Dunk dan Kaoru Mitoma.

Kekalahan itu nyata menimbulkan kemarahan Robertson yang menganggap permainan mereka bertambah buruk dari semasa ke semasa selain memberikan harapan palsu kepada penyokong dalam setiap perlawanan.

“Memang benar kami lebih kompetitif jika dibandingkan dengan dua minggu lalu, namun ia masih belum mencukupi. Kami mencipta peluang dan bermain sebagai satu pasukan tetapi ­hanya sia-sia jika tersingkir daripada saingan.

“Apabila bermain untuk pasukan seperti Liverpool, para penyokong sentiasa meletakkan harapan tinggi tetapi kami tewas dengan jaringan pada minit-minit akhir. Memang senang untuk cakap kami akan bangkit, namun ia sukar dilakukan,” katanya.

Tambah pemain antarabangsa Scotland itu lagi, mereka meminta maaf kepada semua penyokong kerana gagal membawa pasukan melangkah ke pusingan seterusnya selain turut menampilkan aksi mengecewakan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Saya akui kami seperti hilang keyakinan di bahagian pertahanan dan serangan. Masalah ini perlu diselesaikan dengan segera dan saya mewakili pasukan meminta maaf kepada semua penyokong Liverpool,” ujar Robertson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI