fbpx

Suri rumah putus jari angkara lembu ceroboh LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai polis menziarahi Muhammad Al Muzaffir (kiri) dan bayi lelakinya yang sedang dirawat di wad Hospital Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Gara-gara seekor lembu melintas, seorang suri rumah putus sebatang jari tangannya manakala tiga anaknya termasuk bayi berusia enam bulan cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 298, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kijal di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.25 malam itu, mangsa, Nur Amirah Roslan, 32, yang berasal dari Taman Uda Murni, Kuantan, Pahang, putus jari kelingking.

Kemalangan sama turut menyebabkan bayi lelakinya retak tulang buku lali manakala dua lagi anaknya berusia empat dan enam tahun cedera parah pada bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suami Nurul Amirah, Muhammad Al Muzaffir Nuruddin yang memandu kereta Peugeot 208 dinaiki mereka dan ibunya, Rosita Othman, 60, mengalami kecederaan ringan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila sebuah kereta Myvi merempuh seekor lembu yang dikatakan tiba-tiba memasuki laluan lebuh raya tersebut.

“Kereta Peugeot 208 dinaiki keluarga mangsa yang berada di laluan sama iaitu arah ke Kuantan kemudiannya cuba mengelak sebelum hilang kawalan lalu terbabas,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, dua individu yang berada di dalam kereta Perodua Myvi terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan.

“Penternak perlu bertanggungjawab memastikan haiwan ternakan mereka tidak berkeliaran dan menceroboh lebuh raya sehingga membahayakan nyawa pengguna,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI