fbpx

Jual teh O 30 sen secawan sejak 30 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pelanggan memilih makanan pada harga murah di Warung Cik Nah, Losong, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seorang pengusaha kedai makan membuktikan mampu me­nyerap tekanan ekonomi dengan mengekalkan harga minuman dan makanan sejak beroperasi kira-kira 30 tahun lalu.

Sinah Sulaiman, 71, berkata, Warung Cik Nah diusahakan mungkin satu-satunya warung makan di negara ini yang menjual air teh O pada harga 30 sen secawan.

“Air lain seperti teh susu cuma berharga 80 sen, teh tarik (90 sen), kopi O (RM1) dan teh ais (RM1.20).

“Kuih-muih pula berharga antara 30 sen hingga 60 sen seketul, manakala nasi lemak dan bihun goreng pula berharga RM1 hingga RM1.50 sebungkus,” katanya ketika ditemui di Warung Cik Nah, Losong di sini semalam.

Sinah berkata, menjual minuman dan makanan untuk sarapan dengan harga murah telah menjadi identiti warungnya sejak dahulu lagi.

Tambah beliau, warungnya menyediakan pelbagai jenis kuih dan makanan yang kebanyakannya dihantar lebih 80 suri rumah setempat yang melakukannya secara sambilan bagi menambah pendapatan membantu suami masing-masing.

“Pendekatan saya menjadi serampang dua mata membantu masyarakat setempat mencari rezeki dan pada masa sama meringankan beban sara hidup pe­langgan.

“Walaupun harga murah, saya masih mendapat keuntungan yang membolehkan saya menampung modal pusingan operasi warung ini,” katanya.

Sinah berkata, dia juga masih mampu menggaji lapan pekerja dan jumlahnya akan meningkat kepada 12 orang pada hujung minggu dan cuti persekolahan dan perayaan.

Jelasnya, niat dia berniaga mahu mencari keberkatan Allah bukan mengejar keuntungan semata-mata.

“Konsep menjual dengan harga murah menyebabkan Warung Cik Nah sentiasa penuh dengan pelanggan.

“Kami sering dikunjungi pelancong yang ramai terkejut dengan harga murah di sini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI