fbpx

K2

Kelab himpun pemilik motosikal Harley-Davidson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA pemilik Harley-Davidson yang menyertai Kelab Road Hunters MC Malaysia bersama motosikal masing-masing.

MEMILIKI motosikal berjenama Harley- Davidson oleh seseorang di negara ini, tentu dianggap sebagai suatu yang hebat sekali.

Apatah lagi, harga terkini motosikal seumpama itu di pasaran adalah lebih kurang RM300,000 sebuah.

Merupakan motosikal yang mempunyai nilai ekspresi dan sentimental yang tinggi selain memiliki rekaan besar yang menonjol, pasti ada kelompok yang meminatinya.

Harley-Davidson ialah jenama motosikal yang sejarah pengeluarannya bermula seawal 1903 di Amerika Syarikat.

Sebagaimana peminat-peminat jenama motosikal lain yang mempunyai kelabnya di negara ini, pemilik-pemilik Harley-Davidson juga tidak mahu ketinggalan.

Maka, dengan itu, baru-baru ini Kelab Road Hunters MC Malaysia ditubuhkan.

Presiden kelab, Datuk Md. Jekri Mohd. Hassan berkata, banyak manfaatnya penubuhan kelab motosikal tersebut.

SEBAHAGIAN ahli Kelab Road Hunters MC Malaysia bergambar semasa majlis penubuhan kelab itu di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

“Apabila pemilik-pemilik motosikal berkuasa tinggi ini dapat dihimpunkan dalam kelab berkenaan, banyak aktiviti boleh dilaksanakan untuk kebaikan bersama.

“Antaranya, kita boleh menjalankan pelbagai aktiviti amal kepada penduduk di negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis penubuhan kelab itu di Hotel Swiss Avenue, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Lebih 200 orang hadir dalam majlis tersebut.

Md. Jekri berkata, salah satu aktiviti bakal dilaksanakan pada akhir bulan Januari ini ialah melawat rumah kanak-kanak istimewa di Puchong dan Seri Kembangan, Selangor.

“Bila berada di tempat seperti itu nanti, dapatlah kita memberi bantuan kepada penghuni yang berada di situ. Setiap bantuan diberikan itu, tentulah menceriakan penerima di rumah berkenaan,” katanya lagi.

Md. Jekri berkata, pihaknya kini sedang berusaha memperbanyak ahli kelab.

Md. Jekri turut mengingatkan, para penunggang motosikal Harley-Davidson agar mematuhi undang-undang apatah lagi ketika menunggang motosikal di negara jiran seperti Thailand dan Singapura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI