fbpx

Lans Koperal didakwa subahat lupus, curi barang kes ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bob Fuzainey (kanan) diiringi peguamnya, Ahmad Adha semasa tiba di Mahkamah Majistret Pasir Puteh, Pasir Puteh hari ini. -Foto ROSALWANI CHE SOH

PASIR PUTEH – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan bersubahat melupus dan mencuri barang kes bagi kesalahan ketum tiga minggu lalu.

Tertuduh, Bob Fuzainey Hazoni, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Mohammad Nazri Abdul Rahim.

Tertuduh bersama dua yang masih bebas didakwa menyebabkan keterangan kes tersebut hilang dengan niat melindungi daripada hukuman undang-undang.

Kesalahan dilakukan di Balai Polis Cherang Ruku di sini pada pukul 3 pagi hingga 4 pagi, 10 Januari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda.

Bob Fuzainey turut didakwa bersubahat bersama-sama dua lelaki yang masih bebas mencuri di stor barangan kes balai polis sama pada masa dan tarikh sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asma’a Che Omar menawarkan jaminan sebanyak RM20,000, namun peguam Ahmad Adha Amir Yasser Amri memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menjaga bapa yang menghidap penyakit jantung, isteri dan empat anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI