fbpx

Pasar daun ketum serendah RM10 di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shokri menunjukkan ketum dan Proton Satria yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Padang Besar baru-baru ini.

PADANG BESAR – Polis merampas hampir satu tan daun ketum yang disyaki mahu diseludup ke Thailand selepas menahan dua lelaki dalam dua serbuan berasingan di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, tangkapan pertama melibatkan lelaki tempatan berusia 35 tahun di Guar Jentik, di sini kira-kira pukul 1 tengah hari, kelmarin.

Katanya, suspek yang memandu kereta jenis Proton Satria ditahan selepas melarikan diri daripada anggota polis trafik.

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta itu menemui 48 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 480 kilogram (kg) bernilai RM4,800,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek sering menukar jenis kenderaan dan tempat simpanan daun ketum bagi mengelak dikesan pihak berkuasa selain aktif dalam kegiatan itu sejak pertengahan tahun lalu dengan mendapat upah RM250 daripada pembekal di negara jiran.

“Suspek mendapatkan bekalan daun ketum pada harga RM6 sebelum dijual di negara jiran pada harga RM10 sekilogram dengan mencari sendiri pasaran di sana,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, seorang lagi lelaki tempatan dicekup di sebuah stor tidak bernombor di Wang Kelian pada pukul 12.10 tengah malam, semalam.

Katanya, turut ditemui 19 guni putih mengandungi ketum daun ketum seberat kira-kira 500kg bernilai RM5,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI