fbpx

Balai Polis Pagoh yang baharu selepas 74 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALAI Polis Pagoh, Muar, Johor.

MUAR – Setelah 74 tahun digunakan sebagai fungsi keselamatan dan pencegahan jenayah kepada masyarakat awam, Balai Polis Pagoh kini digantikan dengan bangunan baharu yang lebih kukuh dan tersergam.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zaini Jass berkata, pembinaan balai baharu yang menelan kos sehingga RM10 juta itu adalah selaras dengan keperluan penduduk berikutan lokasi semakin pesat dan membangun.

“Di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9), sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan bagi pembinaan Balai Polis Pagoh dengan kelengkapan moden melibatkan 8.26 ekar dan ia dibina berdasarkan faktor keselamatan struktur bangunan asal yang tidak lagi sesuai dengan peredaran masa.

“Selain itu, taraf ketua balai di sini juga telah dinaik taraf dengan kekuatan daripada pegawai inspektor serta 15 anggota,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Balai Polis Pagoh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, hari ini.

Menurut Zaini, penduduk di kawasan ini kini meliputi sehingga 20,482 selain kewujudan hab universiti yang mana ia sekaligus menjadikan Pagoh memerlukan kawalan keselamatan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lebih efisien.

Walaubagaimanapun katanya, balai polis lama yang dibina pada tahun 1934 akan terus kekal dan dipelihara bagi menjadikan ia sebagai memorial di Balai Polis Pagoh ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI