fbpx

Penuntut wanita institut perguruan rugi RM21,674 diperdaya sindiket tawaran kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang penuntut wanita sebuah institut perguruan mengalami kerugian sebanyak RM21,674.97 selepas terpedaya dengan sindiket tawaran kerja sambilan palsu di sini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian bermula pada 13 Januari lalu selepas mangsa yang berumur 21 tahun menerima pesanan di aplikasi WhatsApp daripada suspek yang menawarkan kerja sambilan perniagaan pembelian barang melalui platform e-dagang.

“Mangsa telah membuat 10 kali pindahan wang ke dua akaun bank yang berlainan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM21,674.97 sebelum berasa tertipu dengan tawaran tersebut kerana tidak mendapat barang seperti yang dijanjikan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ramli kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI