fbpx

112 tan gluten jagung dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GLUTEN jagung di dalam empat kontena dirampas Maqis di NBCT, Butterworth kelmarin.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 112 tan gluten jagung dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini kelmarin.

Produk hasil pertanian dalam bentuk serbuk kering itu dirampas ketika pemeriksaan kira-kira pukul 5 petang yang dilakukan ke atas empat buah kontena.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan itu dibuat selepas pihaknya mendapati ia cuba dibawa masuk tanpa sebarang permit import yang sah.

“Makanan gluten jagung seberat 112,000 kilogram yang dianggarkan bernilai RM211,777.16 itu ditemui semasa pemeriksaan rutin.

“Kesemua barang dagangan dari China tersebut telah disita untuk siasatan lanjut dan tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya lagi, pengimportan produk itu dalam bentuk serbuk dipercayai untuk diproses menjadi makanan haiwan untuk pasaran dalam dan luar negara.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI