fbpx

Lelaki menyamar wanita mengaku tidak bersalah curi duit surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH Muhammad Waafi Azahari, 29 (berbaju kelabu) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Parit selepas mengaku tidak bersalah atas tuduh mencuri wang dari tabung Surau Al Solahiah Kampung Tersusun Taman Tasek Permai, dekat Batu Gajah, Jumaat lalu. FOTO SHAARANI ISMAIL

Oleh SHAARANI ISMAIL

PARIT – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri wang tunai tabung Surau Al Solahiah Kampung Tersusun Taman Tasek Permai, dekat Batu Gajah Jumaat lalu.

Muhammad Waafi Azahari, 29, membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan ke atasnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira jam 10.57 pagi dan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dikenakan denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fairoz Abd. Mutalib di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusof manakala tertuduh diwakili peguam bela, Rajit Gill.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang lelaki yang menyamar dengan memakai jubah wanita untuk mencuri wang dari tabung surau ditahan polis selepas kegiatannya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) surau berkenaan.

Suspek ditahan polis Sabtu lalu kira-kira jam 8.30 malam di Jalan Restu, Kampung Serdang Permai dekat sini selepas ahli jawatankuasa surau memeriksa rakaman CCTV dan mengenalpasti kenderaan digunakan suspek.

Suspek juga dikesan mempunyai tiga rekod kesalahan lampau dan salah satunya adalah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan pada Ogos lalu kerana mencuri wang dalam tabung masjid di Jelapang, Ipoh. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI