fbpx

Eostre mahu lahirkan lebih ramai jutawan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pengedar dan pemimpin pengedar Eostre dari Malaysia dan juga luar negara yang meraikan anugerah yang diterima di Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Memiliki tubuh badan yang sihat sentiasa menjadi idaman setiap orang dan untuk mencapai tahap tersebut, ramai yang rajin mengambil sup­limen atau makanan tambahan pelbagai jenama yang dijual di pasaran.

Peningkatan permintaan tersebut telah mendorong industri penjualan produk penjagaan kesihatan serta kecantikan begitu aktif dan pelbagai cara dilaksanakan untuk mempromosikan sekali gus menarik minat usahawan baharu menceburi perniagaan tersebut.

Bersesuaian dengan permintaan yang semakin bertambah itu, pasangan suami isteri, Datuk Razak Ghani dan juga iste­rinya, Datin Naelah Mohammad telah merebut peluang keemasan tersebut.

Kedua usahawan yang juga ahli Eostre Berhad (Eostre) sejak lebih daripada dua tahun lalu itu telah membuka sebuah akademi di Damansara, Pe­taling Jaya, Se­langor bertujuan untuk melatih dan membimbing usahawan baharu agar menjadi peniaga berdaya saing sehingga mampu mencapai status jutawan.

Razak dan Naelah kini memiliki ribuan pengedar syarikat di seluruh negara.
Atas inisiatif dan kerja keras mereka selama ini, pasangan tersebut telah berjaya menerima pelbagai anugerah dan ganjaran termasuk kereta mewah selain menjana pendapatan ratusan ribu ringgit sebulan.

Ramai usahawan bumiputera di bawah bimbingannya dibantu untuk menjual pelbagai produk ke­luaran Eostre secara online dan offline, dalam masa yang sama dapat membantu me­ningkatkan kualiti kesihatan pengguna.

Menurut Naelah, melalui akademi tersebut, usahawan baharu akan dibimbing dan dilatih meskipun bermula dengan modal yang kecil tetapi mampu menca­tat jualan hingga jutaan ringgit.

“Saya lebih memfokuskan produk mampu milik bersesuai­an dengan kumpulan sasaran khususnya usahawan bumiputera kerana produk jualan Eostre adalah bernilai tinggi tetapi ia memberi manfaat yang baik kepada tahap kesihatan pelanggan.

“Melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dikendalikan oleh Eostre, mereka akan membantu pelanggan memilih suplimen terbaik untuk tahap kesihatan seseorang dan ini memberi kesan yang baik untuk jangka panjang kepada pelanggan.

“Berbanding penawaran pro­duk lain di pasaran, seseorang individu itu tidak tahu tentang suplimen yang diambilnya sama ada ia bersesuaian dengan diri kerana pengambilan suplimen yang berlebihan boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang untuk jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun dan penyampaian anugerah kepada pengedar Eostre di sini baru-baru ini.

Razak dan Naelah adalah antara ratusan pemimpin pengedar yang diraikan dan turut menerima anugerah tertinggi dalam majlis berkenaan.

Mengulas mengenai majlis penganugerahan tersebut, Ketua Eksekutif Eostre, Rick Tan berkata, majlis tersebut berlangsung selama dua hari bagi membo­lehkan syarikat memberi pengiktirafan kepada semua pengedarnya bukan sahaja di Malaysia tetapi dari luar negara hasil kerja keras mereka selama ini.

Majlis tersebut adalah penghargaan syarikat kepada kumpulan pengedar bersama pe­mimpin masing-masing yang telah berkongsi manfaat produk bertaraf antarabangsa itu kepada ramai pengguna di seluruh negara.

“Usaha mereka yang telah mengetengahkan produk keluaran syarikat di pasaran tempatan dan di peringkat global amat kami hargai.

“Kami bangga kerana mereka yang datang dari jauh turut bersama-sama meraikan majlis yang berprestij ini,” jelasnya.

Tan menerangkan, antara anugerah yang disampaikan kepada para pemimpin pengedar adalah anugerah bertaraf berlian, berlian berganda, berlian elit, tiara, tiara diraja, tiara elit, ­tiara legenda dan juga Duke Tradisional.

Setiap kategori tersebut melam­bangkan tahap kejayaan pengedar tersebut melangkah dari pe­ringkat bawah hingga ke mercu tertinggi anugerah ber­kenaan.

Eostre adalah pengeluar dan pengedar produk penjagaan kesihatan, kecantikan dan barangan elektronik yang kini memiliki ribuan pengedar dari rantau Asia Tenggara, Taiwan, India, Bangladesh dan Hong Kong, China.

Syarikat sedang merangka pelan untuk meneroka dan mengembangkan sayap perniagaannya ke Myanmar, Jepun, Afrika dan negara lain secara berperingkat mulai tahun ini.
Tahun lalu syarikat telah menerima Anugerah BrandLaureate 2021 untuk Penyelesaian Kesihatan, Kesejahteraan dan Anugerah Super Golden Bull 2022 – Kecemerlangan Perniagaan.

Melihat kepada prestasi jualan dan semangat para pengedarnya sepanjang tahun lalu, Tan kini menyasarkan untuk menambah lebih ramai pengedar yang bertaraf jutawan dan mahu menambah lebih ramai pengedar berdaya saing.

“Kami yakin misi ini mampu dicapai memandangkan pengedar dan pemimpin pengedar kami mempunyai semangat berdaya saing dan boleh mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi.

“Ini terbukti dengan pertumbuhan jualan produk kesihatan dan kecantikan yang berjaya menjana pendapatan ratusan ribu dalam tempoh singkat.

“Berdasarkan hasil jualan kami yang telah mencecah sehingga RM620 juta tahun lepas, saya percaya ejen baharu kami boleh mencapai tahap yang lebih tinggi daripada jumlah tersebut.

“Saya percaya ejen baharu kami juga boleh menjadi jutawan dalam tempoh setahun jika mereka mendapat pengetahuan dan bantuan yang mencukupi daripada pemimpin Eostre yang berjaya,” katanya.

Beliau menambah, misi Eostre kini adalah untuk menjadi syarikat nombor satu dalam industri MLM (jualan langsung) di Asia. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI