fbpx

Kerap pegang perut, Neelofa hamil anak kedua?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Neelofa yang kerap memegang perut dan 'baby bump' yang kelihatan dalam sebuah video TikTok menguatkan andaian bahawa dia kini berbadan dua.

PETALING JAYA – Seperti memberi bayangan, aksi selebriti terkenal Neelofa kerap memegang perut ketika sebuah acara sekali lagi menuai perhatian ramai sehingga mencetuskan andaian dia kini hamil anak kedua.

Aksi tersebut dilakukannya pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran puteranya, Muhammad Bilal yang pertama di sebuah premis acara semalam.

Selain aksi tersebut, netizen turut mendakwa ‘baby bump’ pelakon filem Azura itu kelihatan semakin membesar persis wanita hamil.

Meskipun masih mengunci mulut, rata-rata netizen seperti mengesahkan sendiri hal tersebut dan berpendapat wanita hamil memang ‘wajib’ memegang perut mereka sendiri.

“Memang dia mengandung sebab wanita hamil akan automatik selalu pegang perut,” kata netizen.

“Alhamdulillah kalau hamil. Tahniah Neelofa, Haris Ismail dan Bilal kerana bakal dapat ahli keluarga baharu,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Khabar angin mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu hamil anak kedua bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini beberapa andaian turut tular termasuk momen dia ditolak dengan kerusi roda ketika tiba di Brunei pada Disember lalu.

Meskipun dakwaan tersebut hangat diperkatakan, Neelofa mahupun Haris kekal mengunci mulut sehingga hari ini.

Sebelum ini, dia juga melakukan hal sama ketika hamil anak pertamanya pada tahun lalu dan mengesahkannya ketika usia kandungan berusia sembila bulan.

Untuk rekod, dia dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Hasil perkahwinan, pasangan popular itu dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI