fbpx

Masih ‘perang dingin’, Sissy Imann, Naim Daniel lolos ke final Famili Duo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM –  Penyanyi Sissy Imann bersama sepupunya, Naim Daniel menebus tempoh seminggu yang huru-hara apabila lolos sebagai finalis pentas akhir  Famili Duo, Ahad depan.

Pasangan sepupu itu meraih tempat ketiga dengan pungutan mata sebanyak 377.3 yang melayakkan mereka bersaing dengan tiga lagi peserta duo bagi merebut hadiah utama bernilai RM100,000.

Peserta lain yang berjaya mara adalah duo adik-beradik, Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang membawakan lagu Rolling In The Deep meraih tempat pertama bersama markah 435.9, sekali gus muncul sebagai juara mingguan.

Kemenangan tersebut membolehkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 buat kali kedua, selepas mendapat status juara mingguan buat julung kali tiga minggu lalu.

Mengekor rapat di tangga kedua pasangan anak Raja Pop Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani dan abangnya Yamani Abdillah dengan mata 404.2.

Manakala sepasang peserta lagi yang mara ke malam kemuncak program pertandingan realiti terbitan TV3 tersebut ialah Bella Astilah serta Wani Kayrie dengan pungutan 369.9.

Sepanjang persembahan konsert minggu separuh akhir, kemelut Sissy bersama juri tetap program, Mas Idayu memasuki fasa perang dingin apabila masing-masing tidak bersuara selepas persembahan minggu separuh akhir, sebentar tadi.

Sissy dilihat mewakilkan regu pertandingan, Naim Daniel  menjawab pertanyaan hos, Janna Nick usai persembahan.

Manakala Mas Idayu pula memilih untuk terus berdiam daripada memberi sebarang ulasan terhadap persembahan duo tersebut, sedangkan masih memberikan komen kepada peserta, kecuali Siti Sisters yang menjadi peserta pertama.

Sissy yang melalui tempoh gelap selepas insiden meneruskan saingan dalam Famili Duo

membawakan lagu duet nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau dan Ezlynn berjudul Pening bagi tema Lagenda/Idola pada minggu ketujuh pertandingan.

Memberikan persembahan cemerlang seperti diakui Ajai, selaku juri tetap, Sissy dan Naim juga berjaya lolos sebagai finalis bersama tiga pasangan lain.

Sebelum ini pemilik nama penuh

Sissy Imann Mohammad Kamil itu mendiamkan diri beberapa hari selepas menerima komen pedas Mas Idayu pada konsert minggu keenam.

Malah dia turut memaklumkan tidak mampu membantu rakan duonya merancang konsep persembahan minggu ini, sekali gus mencetuskan tanda tanya sama ada meneruskan dan menarik diri daripada persaingan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI