fbpx

Saya tidak takut dicerca – Mas Idayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Idayu.

SHAH ALAM – Juri tetap program Famili Duo, Mas Idayu tidak gentar dicaci dan tidak akan berganjak dengan pendiriannya untuk terus memberikan komen jujur tanpa dibayangi sesiapa terhadap setiap peserta program berkenaan.

Sebaliknya kata penyanyi dangdut itu, khalayak yang perlu bimbang andai dia mengunci mulut dan tidak mempedulikan kualiti peserta.

“Nak bagitau Ayda dan Fyna sebenarnya saya tak kisah dan tak takut dicerca. Tak kisah sama sekali,” luahnya usai persembahan dua beradik itu untuk minggu ketujuh program sebentar tadi.

Terdahulu pada awal konsert yang juga minggu separuh akhir malam ini, Mas Idayu dilihat seakan-akan merajuk dengan kontroversi air mata penyanyi Sissy Imann apabila memilih untuk tidak memberikan komen usai persembahan pertama peserta program iaitu Siti Sisters.

Seorang lagi juri, Ajai sendiri akur dan menghormati keputusan Mas Idayu untuk tidak memberikan sebarang komen ketika itu.

“Walaupun pengacara meminta Mummy (Mas Idayu) memberikan komen, tetapi saya menghormati keputusannya.

“Dia tidak akan memberikan sebarang komen pada hari ini.

“Dia takut untuk memberikan komen, takut tersalah anggap atau tafsir apa yang diperkatakan,” kata Ajai dalam program yang bersiaran langsung dari Plaza Alam Sentral itu.

Selepas dipujuk peserta kedua, The Jebat (Ayda & Fyna), penyanyi senior berusia 51 tahun itu bagaimanapun mengubah pendirian dan meneruskan tanggungjawabnya sebagai juri.

Sementara itu, difahamkan Sissy Iman yang berdepan emosi terburuk minggu lalu, tetap akan meneruskan perjuangan dalam Famili Duo malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI