fbpx

Simon Cowell hilang gaji RM41 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Selebriti popular, Simon Cowell dilaporkan bakal kehilangan sumber pendapatan utamanya bernilai AS$10 juta (RM41 juta) apabila program realiti America’s Got Talent (AGT) tidak akan disiarkan pada tahun depan.

Berdasarkan sumber NBC Universal, AGT tidak dijadualkan dalam siaran bulan Januari depan seperti lazimnya pada setiap tahun, lapor akhbar Daily Mail.

Cowell, 61, ialah pengasas dan penerbit eksekutif program realiti mencari bakat rakyat Amerika Syarikat (AS) yang mula bersiaran sejak 2006.

Dia memikul tanggungjawab sebagai juri tetap program tersohor itu pada 2016 dan dibayar gaji AS$10 juta (RM41 juta) bermula dua tahun lalu sekali gus merupakan pendapatan utama selebriti itu.

“Penularan Covid 19 tidak menjanjikan situasi yang positif buat AGT 2021, jadi pihak produksi memilih untuk menundanya sehingga keadaan bertambah baik.

“Keadaan Simon yang belum sembuh sepenuhnya akibat kecederaan tulang belakang selepas terlibat dalam satu kemalangan pada Ogos lalu turut menjadi faktor AGT tidak diadakan pada tahun depan,”kata sumber sama.

Sejak menduduki kerusi juri tetap AGT, Cowell sudah menemukan bakat luar biasa seperti Susan Boyle dan Paul Potts.

Barisan juri AGT 2020 yang lain ialah Heidi Klum, Sofia Vergara, Howie Mandel dan Terry Crew.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI