fbpx

Saintis jumpa wajah beruang di Planet Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saintis berpendapat formasi batuan itu membentuk wajah beruang, tetapi netizen beranggapan ia kelihatan seperti burung. - Daily Star

WASHINGTON – Saintis-saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menemui ukiran batu berbentuk beruang grizzly semasa merakam gambar baharu Planet Marikh, lapor akhbar Daily Star semalam.

Imej itu dirakam pada ketinggian 251 kilometer (km) dari permukaan Marikh menggunakan kapal angkasa Mars Reconnaissance Orbiter.

Saintis menemui garisan bulat besar di atas permukaan batu, dua lekuk berbentuk seakan mata, serta kawah lebih besar kelihatan seperti mulut beruang grizzly.

NASA turut berkongsi imej tersebut di Twitter dan menerangkan punca pembentukan wajah beruang di planet itu.

“Terdapat sebuah bukit dengan struktur runtuh berbentuk V (hidung), dua kawah (mata), dan corak bulat (kepala).

“Corak bulatan mungkin disebabkan oleh pemendapan deposit di atas kawah yang tertimbus. 

“Hidungnya mungkin lubang gunung berapi atau lumpur dan mendapan itu mungkin lahar atau aliran lumpur,” kata NASA. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI