fbpx

Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa daerah di Sarawak dan Sabah pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat berserta angin kencang yang diramal berlaku sehingga 7 malam nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Sarawak melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit (Belaga) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh).

“Bagi Sabah pula, keadaan sama diramal berlaku di Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau),” katanya di sini, hari ini.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI