SELEPAS dua bulan putus cinta, timbul khabar angin bahawa pasangan serasi, penyanyi HyunA dan Dawn kembali menyambung perhubungan mereka.
Sejak khabar angin tersebut tersebar, segala pergerakan dan aktiviti pasangan itu diperhatikan oleh peminat tegar mereka.
HyunA dan Dawn dikatakan menemani antara satu sama lain dengan melengkapi jadual masing-masing termasuk kerja di luar negara.
Ramai peminat menyiasat Instagram Dawn dan mendapati HyunA ada meninggalkan komen dalam hantaran terkini kekasihnya itu.
Pelantun lagu Money itu membuat hantaran sekeping gambar dirinya dengan kapsyen: “Tempat baharu, muzik baharu. Akan datang.”
Kapsyen tersebut merujuk projek lagu terbaharu Dawn.
Dalam hantaran tersebut, HyunA atau nama sebenarnya Kim Hyun-ah meninggalkan emoji api menandakan sokongan penuh terhadap kekasihnya itu.