fbpx

Kerani maut, motosikal bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah treler di Jalan Staponal-Batu Jong, Kuala Krai hari ini. FOTO IHSAN POLIS

KUALA KRAI – Seorang kerani maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum bertembung sebuah treler di Jalan Staponal-Batu Jong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Lai Chen Meng, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, sebuah treler jenis Volvo dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun sedang dalam perjalanan dari sebuah kilang di sini menuju ke Pelabuhan Klang, Selangor.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai masuk ke laluan bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan motosikal Chen Meng bertembung dengan treler tersebut. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI