fbpx

Hargai jasa isteri dengan daftar SKSSR Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farihah (kanan) menyampaikan faedah SKSSR kepada suami Zaidah, Zakaria di Kampung Kelulut, Marang hari ini.

MARANG – Golongan suami disaran mendaftarkan isteri mereka untuk menyertai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sebagai menghargai jasa wanita yang telah banyak berkorban dalam perkahwinan selama ini.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu, Farihah Che Husin berkata, suami hanya perlu mengeluarkan RM10 sahaja setiap bulan atau RM120 untuk setahun bagi melindungi isteri mereka dengan skim tersebut.

“SKSSR memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah daripada kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga.

“Suri rumah terlibat juga dilindungi sekiranya ditimpa penyakit atau keuzuran,” katanya selepas menyampaikan faedah caruman kepada waris Allahyarhamah Zaidah Yusof yang meninggal dunia baru-baru ini.

Farihah berkata, Zaidah yang meninggal dunia akibat kegagalan paru-paru dan diabetes pada 19 Disember tahun lalu merupakan salah seorang pencarum SKSSR melalui geran kerajaan di bawah program e-Kasih.

Tambah beliau, waris arwah layak menerima faedah pengurusan mayat berjumlah RM2,000 yang telah dibayar terus ke akaun bank suaminya pada 18 Januari lalu.

“Seorang anaknya yang berusia lapan tahun pula akan menerima faedah pencen penakat berjumlah RM180 sebulan yang layak dinikmati sehingga menerima ijazah sarjana muda pertama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI