KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sedang melakukan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ujian tersebut bermula pukul 9 pagi tadi dan dijangka tamat pada pukul 12 tengah hari.
“Justeru, penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.
“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,”katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini. -K! ONLINE