fbpx

Sah nikah, Nad Zainal kongsi ciuman pertama Ungku Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOMEN usai pernikahan bersama Ungku Ismail dikongsikan Nad Zainal dalam Instagram miliknya.

PETALING JAYA – Sudah terang lagi bersuluh, pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail kini sah bergelar suami isteri.

Menerusi kemas kini terbaharu yang dikongsikan Nad dalam Instagram miliknya, dramatis itu memuat naik beberapa keping foto termasuk sekeping gambar dahinya dicium Ungku usai disatukan dalam sebuah majlis pernikahan.

“Alhamdulillah,” tulis Nad ringkas.

Dalam hantaran itu juga, Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, turut berkongsi jumlah mas kahwin yang diterimanya iaitu sebanyak RM1,000 berserta gelang tangan emas daripada pengantin lelaki.

Turut tertera, tarikh kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab 1444 Hijrah.

Berita gembira yang dikongsikan pelakon bertubuh kecil molek itu turut mendapat perhatian ramai rakan artis apabila masing-masing meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan perkahwinan kedua Nad dan pertama buat Ungku itu berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah. Tahniah Nad dan Ungku,” ucap pengacara Uyaina Arshad.

“Tahniah. Semoga sampai ke syurga,” komen pelakon Janna Nick.

“Semoga berbahagia di dunia dan di akhirat,” tulis selebriti terkenal, Fazura.

Nad mula menjalinkan hubungan rapat dengan Ungku Ismail selepas sama-sama terlibat menerusi drama Cina Buta, seterus berlanjutan sebagai rakan kongsi menjayakan program berbentuk travelog dalam saluran YouTube milik pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu.

Keintiman mereka semakin dapat ‘dihidu’ apabila Ungku Ismail dilihat setia di sisi Nad sepanjang dramatis itu berada dalam situasi kesihatan kritikal akibat masalah paru-paru pada November lalu.

Nad turut mengakui menyayangi lelaki itu apabila memuat naik satu hantaran berbaur cinta ingin kekal selama-lamanya mencintai Ungku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI