fbpx

Selangor FC akan berdepan Ratchaburi FC di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selangor FC telah melancarkan jersi baharu musim 2023 di Shah Alam hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSSOF / KOSMO!

SHAH ALAM – Pasukan Selangor FC sah akan menentang kelab yang diwakili oleh Safawi Rasid, Ratchaburi FC pada siri Jelajah Pramusim di Thailand pada 5 hingga 10 Februari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon mengesahkan skuad Gergasi Merah akan terbang ke Bangkok bagi menghadapi dua aksi persahabatan sejurus berakhir saingan Piala Harapan minggu depan.

“Selangor akan menentang dua pasukan kelab yang beraksi di Thailand iaitu Ratchaburi FC dan PT Prachuap selepas kejohanan di Piala Harapan 2023.

“Kami akan berada di Thailand mulai 5 Februari dan dijangka berakhir pada 10 Februari,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan jersi Selangor FC musim 2023 di Shah Alam hari ini.

Selain Ratchaburi FC yang kebetulan adalah pasukan diwakili Safawi Rasid, skuad Merah Kuning bakal menentang PT Prachuap yang turut diwakili pemain kebangsaann, Junior Eldstal nanti.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe terlebih dahulu berkampun di Pulau Pinang bagi menyertai Piala Harapan menentang Penang FC, Kedah Darul Aman FC dan kelab dari Singapura, Geylang International FC bermula Rabu ini.

Selain Selangor yang akan ke Bangkok, beberapa kelab lain turut menjadikan negara Gajah Perang itu sebagai medan ujian antaranya Sri Pahang FC dan Sabah FC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI