fbpx

Tiada wad ditutup kerana Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKHIDMATAN di Hospital Melaka berjalan seperti biasa dengan pematuhan pada Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menafikan kandungan mesej yang tular di aplikasi WhatsApp kononnya sebuah wad di Hospital Melaka telah ditutup ekoran seramai 11 kakitangan pusat perubatan itu dijangkiti COVID-19.

Pengarahnya, Datuk Dr. Ismail Ali dalam satu kenyataan dikeluarkan tadi menegaskan, tiada wad yang ditutup sebaliknya pihak hospital hanya mengambil langkah mengawal pergerakan di semua bilik rawatan.

“Berhubung dengan penutupan Wad 1-1 di Hospital Melaka, kita ingin menegaskan ia adalah tidak benar dan pihak hospital hanya mengawal pergerakan di semua wad bagi mengurangkan risiko kebolehjangkitan wabak Covid-19.

“Kenyataan seramai 11 kakitangan hospital dijangkiti dan positif Covid-19 juga tidak benar kerana jumlah sebenar adalah lapan orang dan kesemua mereka sedang menerima rawatan,” katanya.

Tambahnya, kontak rapat kepada mereka yang dijangkiti juga telah disaring dan dikuarantin di rumah, bukannya hospital.

Terdahulu, tular di aplikasi ‘WhatsApp’ pada Selasa kononnya sebuah wad terpaksa ditutup bagi menempatkan 11 kakitangan yang telah disahkan positif Covid-19.

Mesej berkenaan turut mendakwa kejadian itu menyebabkan perkhidmatan di Hospital Melaka yang merupakan hospital rujukan Covid-19 di negeri ini terjejas.

Mengulas lanjut ujar Ismail, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai sebarang khabar angin dan mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih.

“Perkhidmatan di Hospital Melaka berjalan seperti biasa dengan pematuhan pada Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Untuk sebarang pertanyaan berhubung situasi semasa Covid-19 di negeri Melaka, orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka di talian 06-2345999 atau melalui e-mel [email protected],” tambahnya.

Sebelum ini, Pejabat Ketua Menteri Melaka turut mengeluarkan kenyataan menafikan bakal melaksanakan Perintah Kawalan Rentas Negeri bermula tengah malam ini seperti ditularkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI