fbpx

Djokovic tepati ramalan ke final Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC menepati ramalan melangkah ke final untuk menentang Tsitsipas pada Terbuka Australia di Melbourne hari ini. – AFP

MELBOURNE – Juara sembilan kali Terbuka Australia, Novak Djokovic mudah menewaskan lawannya dari Amerika Syarikat, Tommy Paul untuk melangkah ke pentas akhir Grand Slam menentang Stefanos Tsitsipas dari Greece hari ini.

Jaguh Serbia berusia 35 tahun itu mengatasi rasa goyah pada set pembukaan sebelum memulihkan semangatnya untuk me­nguasai semula permainan dengan kemenangan 7-5 6-1 6-2.

Tsitsipas, 24, pula memiliki peluang lagi untuk merangkul gelaran Grand Slam pertama­nya selepas menewaskan Karen Khachanov dari Rusia dengan keputusan 7-6 (7-2) 6-4 6-7 (6-8) 6-3.

Tsitsipas menempah slot ke final pada Ahad ini selepas berjaya menyelamatkan dua mata pada perlawanan tie-break di set ketiga.

Terdahulu, Tsitsipas pernah tewas kepada Djokovic pada final Terbuka Perancis 2021 dan kini berpeluang untuk membalas dendam ke atas kekalahan itu dalam penampilan pertamanya pada Terbuka Australia.

Namun, untuk menjulang trofi berprestij itu, dia mesti menjadi pemain pertama yang menewaskan Djokovic di Melbourne Park sejak 2018.

Djokovic yang menewaskan Paul telah menetapkan satu mercu tanda baharu iaitu 27 kemenangan berturut-turut dalam perseorangan lelaki di Melbourne, sekali gus menyasarkan untuk merangkul gelaran ke-10 yang menyamai rekod Rafael Nadal untuk mengumpul 22 gelaran utama lelaki.

Pemenang pada kejohanan Terbuka Australia sama ada Djokovic atau Tsitsipas, kedua-dua berpeluang untuk muncul sebagai pemain nombor satu dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI