fbpx

Azeem cipta legasi pada debut pertama di Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM berjaya meraih pingat emas dalam acara 100m buat kali pertama di bumi AS sejak tiba di negara tersebut Januari lalu.

KEPUTUSAN bintang pecut olahraga negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi menyambung pengajiannya di Universiti Auburn, Alabama ternyata tidak sia-sia.

Apa tidaknya, Azeem, 19, sudah berjaya mencipta legasi yang tersendiri apabila memecahkan rekod 60 meter (m) dalam dewan kebangsaan dalam kejohanan pertamanya di bumi Amerika Syarikat (AS) itu.

Pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.08s dari Teluk Intan, Perak itu merekodkan masa 6.63 saat (s) dalam aksi separuh akhir Kejohanan Olahraga Terbuka Texas Tech di Universiti Texas awal pagi semalam.

Catatan itu sekali gus meme­cahkan rekod lama kebangsaan dengan catatan 6.66s dilakukan oleh legenda pecut negara, Watson Nyambek dalam Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia di Jepun pada 1999.

Menariknya, Azeem bukan sahaja mencipta rekod kebangsaan baharu, malah turut berjaya menaiki podium sebagai pemenang pingat perak acara itu selepas mencatat masa 6.65s pada aksi final.

“Alhamdulillah dapat cipta rekod baharu kebangsaan. Permulaan yang amat baik untuk musim ini. Sekarang masa untuk kembali berlatih semula,” kata Azeem yang memulakan pu­singan pertama dengan catatan 6.72s.

Bintang pecut Universiti Oregon, Micah Williams yang mempunyai rekod peribadi terbaik 100m iaitu 9.86s, memenangi pingat emas acara itu dengan catatan masa 6.49s.

Pingat gangsa pula dimenangi atlet dari Universiti Louisiana, Rodney Heath Jr. menerusi catatan masa 6.67s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI