fbpx

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJ Flavinha memegang meriam kecil konfeti sebelum kertas-kerta perak 'meletup' ke arah mukanya di Santa Catarina baru-baru ini. - @djflavinhaa/Instagram

RIO DE JANEIRO  – Seorang deejay wanita lari dari pentas semasa pertunjukannya di Brazil selepas secara tidak sengaja meletupkan mukanya dengan meriam kecil konfeti, lapor portal berita Daily Star semalam.

Flavia Ribeiro dikenali sebagai DJ Flavinha, melecur tahap pertama dan luka di mukanya semasa kejadian di Santa Catarina, Brazil pada 21 Januari lalu.

Klip video kesilapan itu tular di media sosial dan mendapat berjuta-juta tontonan. Ia memaparkan detik-detik ketika dia mengacukan meriam itu ke udara di hadapan sejumlah pengunjung persembahannya.

Ketika itu, harapan DJ Flavinha adalah untuk membuatkan kertas-kertas perak jatuh menimpa peminatnya namun dia tidak sedar telah menghalakan muncung meriam pada wajah sendiri.

Meriam itu ‘meletup’ ke arah mukanya menyebabkan dia berlari ke belakang pentas, manakala penonton terkejut menonton aksi tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI