fbpx

Adam Corrie jadi jenazah, netizen yang insaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELAKONKAN watak yang sedia dikafankan mencetuskan rasa insaf bukan hanya kepada si pelakunya, Adam sendiri bahkan khalayak.

HAMPIR nak tercabut jantung Diva sebab terkejut tengah belek-belek Instagram, tiba-tiba terpapar sekujur tubuh pelakon Adam Corrie yang sedang dikafankan.

Tak ubah macam mayat sebenar! Rupa-rupanya Adam berkongsi satu babak lakonan dalam sebuah drama yang dilakonkannya lebih 10 tahun lalu.

Kata Adam, disebabkan pengalaman dikafan itulah, timbul rasa insaf dan sedih dalam dirinya.

“Ketika itu mulalah berkata-kata dalam hati, cukupkah amalan aku atas muka bumi?” ujar Adam.

Disebabkan perkongsian itu juga, ramai pengikutnya dalam Instagram turut melahirkan rasa insaf dan mula mengingati kematian.

“Terima kasih sebab mengingatkan kami yang ‘lena’ ini,” kata seorang netizen.

“Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan bertaubat,” ujar seorang lagi pengikutnya.

“Tiba-tiba rasa insaf bila tengok gambar ini,” kata seorang pengguna Instagram.

Bagus juga Adam kongsi gambar dirinya jadi mayat. Sekurang-kurangnya boleh menarik rasa insaf netizen yang selama ini banyak bergelumang dengan dosa termasuk diri Diva yang kuat bergosip ini.

DIVA: Dengar cerita Liyana Jasmay tak puas hati dengan orang dalam industri. Bertabahlah KJ #tiber

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI