fbpx

Lelaki telan pisang dibalut kondom alami usus tersumbat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PISANG itu didapati tersumbat pada usus kecil lelaki tersebut. - Jam Press

WASHINGTON – Seorang lelaki berusia 34 tahun dikejarkan ke hospital kerana mengalami usus tersumbat selepas dia menelan sebiji pisang yang dibalut dengan kondom, lapor akhbar New York Post semalam.

Insiden pelik itu diterbitkan awal minggu ini dalam jurnal Cureus.

Pesakit yang tidak didedahkan identitinya itu pada awalnya mengunjungi hospital selepas mengalami sakit perut, loya dan muntah.

Lelaki itu juga tidak boleh mengambil makanan dan minuman, serta gagal membuang air besar selama lebih 24 jam, lapor laman Jam Press.

Doktor kemudian melakukan imbasan CT dan menemui pisang tersebut tersumbat di usus kecilnya. 

Pesakit yang mempunyai sejarah penyakit kemurungan itu nekad menelan buah yang dibaluti kondom ketika mengalami ‘kemarahan hormon’.

Pisang itu berjaya dikeluarkan melalui dubur pesakit dalam satu pembedahan. Selepas tiga hari keluar hospital, lelaki itu mampu makan dan membuang air besar tanpa masalah. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI