fbpx

Bawang jadi barang makanan mewah di Filipina, telur juga berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harga bawang merah meningkat tinggi di Manila kerana krisis inflansi yang melanda Filipina. - Foto AFP

MANILA – Pihak berkuasa Filipina merampas bawang bernilai berjuta-juta dolar selepas harga bahan makanan itu melonjak terutamanya di Manila disebabkan krisis inflasi, lapor portal berita Thaiger kelmarin.

Pada tahun lalu, nilai rampasan bawang oleh pihak berkuasa mencecah AS$11 juta (RM46.6 juta) dengan 30 peratus daripadanya diseludup dari ladang-ladang.

Harga produk pertanian itu melambung tinggi dengan begitu pantas sehinggakan ia dikecualikan dalam menu di restoran, manakala pihak berkuasa memberi amaran kepada pelawat supaya tidak mengimport bawang tanpa mendapat kebenaran.

Bawang bernilai berjuta-juta peso dilaporkan dirampas dalam sebilangan serbuan pihak berkuasa sehingga mengganggu bekalan sedia ada.

Apabila fenomena perubahan iklim menjadi semakin buruk, bawang akan menjadi antara komoditi pertama yang beralih daripada barangan asas menjadi produk mewah berharga tinggi.

Guni-guni berisi bawang ditemui dalam serbuan ke atas beberapa buah gudang disimpan di sebalik stok pakaian.

Menurut akhbar Guardian, pada bulan lalu, pihak berkuasa menemui bawang kuning bernilai AS$300,000 (RM1.27 juta) di dalam kontena yang dilabel sebagai blaus, selipar dan pelbagai barangan rumah.

Beberapa hari sebelum itu, bawang seberat 50 tan dan bernilai AS$500,000 (RM2.12 juta) ditemui disembunyikan di antara bahan pastri dan roti.

Satu imej yang tular merumuskan betapa berharganya produk pertanian itu dengan seorang pengantin perempuan menggenggam bawang pada hari perkahwinannya, manakala tetamu boleh membawa pulang bawang sebagai cenderahati.

Dalam pada itu, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr menyifatkan situasi harga bawang merah adalah mencemaskan.

Kenaikan harga bawang tidak pernah berlaku sebelum ini, namun pada Disember tahun lalu, harga satu kilogram bawang mencecah AS$13 (RM55.17) di Manila iaitu jauh lebih tinggi daripada gaji minimum harian di wilayah ibu negara tersebut.

Sejak itu, harga bawang jatuh tetapi harganya masih lebih tinggi daripada seekor ayam.

Bukan harga bawang sahaja yang melambung tinggi tetapi harga telur juga berada di luar kawalan. Selain itu, Filipina juga berdepan krisis kekurangan gula ketika ramai penduduknya mengalami diabetes serta masalah berat badan berlebihan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI