fbpx

Amaran hujan lebat di Sarawak dan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di dua negeri hingga pukul 7 malam ini.

Menerusi satu kenyataan di laman sesawangnya, MetMalaysia memaklumkan, dua negeri berkenaan melibatkan Sarawak dan Sabah.

“Di Sarawak melibatkan beberapa daerah iaitu Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman.

“Manakala, di Sabah pula di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam laman sesawangnya juga mengeluarkan amaran paras air bahaya dua sungai di Pahang serta Johor.

JPS berkata, dua sungai itu merupakan Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin, Pahang kini berada pada paras 24.11 meter (m) manakala Sungai Endau di Kampung Labong, Mersing, Johor pada bacaan 2.66 m. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI